Friday, May 15, 2009
Pengalaman di Korea
Saturday, April 25, 2009
Monday, April 13, 2009
Ulasan kejohanan memanah sirkit 1 uum kedah 7-11/4/2009
Sunday, March 22, 2009
Monday, February 9, 2009
Jae-hyung tak letak sasaran di Bangkok
Oleh Hasnira Hassan
niera@nstp.com.my
|
Janji aksi terbaik di GP Asia Prpertandingan
ANDAI boleh, pastinya pingat emas dalam acara berpasukan lelaki tahun lalu ingin dikekalkan menjelang Grand Prix Asia pertama di Bangkok bermula 19 hingga 23 Februari ini, namun realitinya jurulatih kebangsaan, Lee Jae-hyung lebih gemar mengambil sikap tunggu dan lihat.
Baginya, sukar meletak sasaran tinggi selepas kebanyakan anak buahnya kemarau saingan antarabangsa selepas kali terakhir trio utama - Muhd Marbawi Sulaiman, Cheng Chu Sian dan Wan Mohd Khalmizam Abd Aziz - beraksi di Sukan Olimpik Beijing, Ogos tahun lalu.
Walaupun Chu Sian sempat menyertai skuad negara yang menyumbang lima pingat emas pada Sukan Universiti Asean akhir tahun lalu, selain penyertaan pemanah muda pada Festival Olimpik Remaja Australia (AYOF), awal bulan ini, namun ia tidak cukup untuk dijadikan ukuran keupayaan sebenar skuad negara.
Malah, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu lebih gemar menetapkan sasaran `selamat’ iaitu layak ke perlawanan akhir buat skuad lelaki manakala separuh akhir buat wanita.
Itu pun Jae-hyung masih belum mencapai kata putus akhir berhubung percaturan pemanah yang bakal menggalas tanggungjawab mempertahankan emas dalam acara berpasukan lelaki.
“Siapa pemanahnya hanya akan ditentukan di Bangkok nanti. Kami perlu melihat keadaan dan suasana persaingan di sana. Biarpun selalunya Chu Sian dan Marbawi dipilih, tetapi kami belum ada kata putus,” katanya.
Selain trio utama itu, tiga pemanah lelaki lain yang turut menggalas cabaran negara pada Grand Prix Asia di Bangkok ialah Nazrin Aizat Mat Nasir dan muka baru dari skuad pelapis, Mohd Izzuddin Abd Rahman.
Lima pemanah wanita yang disenarai pula membabitkan S Anbarasi, Nor Aziera Taib, Nor Amira Mohamed - yang turut dipertanggungjawabkan menggalas cabaran acara berpasukan - selain Fepriyenita Anuar dan Beatric Wong Zhia.
Ditanya mengenai pencabar utama Malaysia pada saingan pertama itu, Jae-hyung yang menegaskan betapa prestasi skuad negara tidak jauh berbeza berbanding wakil negara lain, mengakui aksi pemanah India, Taiwan dan Jepun perlu diberi perhatian.
Saturday, January 31, 2009
cara-cara buat comment
Sunday, January 25, 2009
memanah
Sebenarnya idea untuk membuat blog ini adalah idea daripada saya sendiri dan rakan2 pasukan yang lain iaitu izzudin,arif farhan dan yang lain2 lagi ianya ditubuhkan atas kesedaran kami untuk mengembangkan lagi sukan memanah dimalaysia....Kami juga mengharap sukan memanah ini menjadi lebih popular atau lebih tersusun dan kami berharap juga lebih ramai pemanah diluar sana sudi menjadi ahli blog ini dengan itu anda semua akan mendapat maklumat terkini mengenai memanah dan kami juga berharap anda sudi menyumbangkan idea agar blog ini akan menjadi lebih menarik dan tidak lupa juga diharap anda akan menyebarkan blog ini kepada rakan2 anda.....
Kami tidak la sehebat mana dalam sukan memanah tetapi jika ada yang menjadikan kami inspirasi mereka terima kasih la yer hahahah.... baiklah untuk menjadi kan blog ini lebih menarik kami nak anda pilih siapakah paling popular antara kami dan anda juga boleh memberi komen untuk mengutuk ataupun cakap la ape saje dan anda juga boleh mencadangkan siapa yang lagi famous selain kami hahaha...
Kategori pertama
(Pemanah terhensem dan tercantik)
kategori kedua
(pemanah paling popular)
kategori ketiga
(pemanah yang paling disukai ramai)
kategori keempat
(pemanah paling poyo)
Buat pengetahuan semua kami akan mulakan pencalonan diri kami sendiri so anda boleh la undi dan memberi komen dan juga turut serta untuk menambah pencalonan tidak kira lelaki ke perempuan..................
baiklah calon pertama NAZRIN ..........
mestilah anda kenalkan siapa nazrin atau lebih dikenali sebagai(yb) yang semestinya hensem dan paling popular hahahah,so anda boleh la undi dia terletak di ketogori mana kalau anda nak memuji atau mengutuk dia pun boleh......
Baiklah calon yang kedua adalah muhd izzuddin...
P/s: wei undi la aku din macho,dah memang aku paling hensem antara korang so terima kasih la yer ,yg lain tu jgn harap la boleh lawan ketampanan aku nie....baik korg simpan je muke korg lam peti sejuk...wakakakkaaka
Pencalonan ketiga ialah: Arif farhan

p/s:emmm aku x la nak la poyo2 ni dah memang aku paling famous dan hensem so din dan yb jgn perasan la yer,undi la aku yer klu x puas ati ngan aku aku minta maaf la,walau macam mana pun aku paling hensem gak hahahah
Pencalonon keempat: azizul
p/s:wei jgn lupa undi aku,peminat aku yang kat sabah ke labuan ke sokong la aku yer hahahah,rugi la x undi aku ni.....buat pemanah compound yang lain gak jgn lupa undi aku yer pergi mampus sama recurve hahahah
pencalonan kelima mohd kaharuddin:hai kepada semua jgn lupa undi aku ,aku x suka ckp byk ni dah mmg aku paling famous hahahah